NADI Mahir Masak Intake 3 (Minggu ke-18) - Pengiraan Kos
12 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2026, seramai 3 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Masak pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.
Pada minggu ini, peserta belajar mengenai pengiraan kos. Kelas ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam membuat pengiraan kos pengeluaran makanan secara sistematik bagi menentukan harga jualan produk yang sesuai, berdaya saing dan mampu memberikan keuntungan kepada perniagaan. Selain itu, kelas ini juga bertujuan membantu peserta memahami kepentingan pengurusan kos, kawalan perbelanjaan dan perancangan kewangan dalam memastikan kelangsungan serta perkembangan perniagaan makanan.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 6 : Gambar semasa kelas berlangsung.